Skip to content
September 25, 2012 / ternakangsa

salam. anak ang…

salam. anak angsa boleh booking disini ya.

 

call saya ; 0194716844

November 14, 2010 / ternakangsa

Jualan Segera: Anak Angsa

Salam.

angsa

for sale

Anak-anak angsa untuk dijual
stok2 terkini hanya ada :
4 ekor angsa ank angsa puteh
24 ekor angsa ank angsa kelabu.
berusia 1 bulan lebih da.

019-4716844
shahrul

http://ternakangsa.wordpress.com

Sila Hubungi Saya: 019 471 6844

May 4, 2010 / ternakangsa

PENTERNAKAN ITIK

Penternakan Itik

Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.

PEMILIHAN BAKA

Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi.

Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-

  • mempunyai daya hidup yang tinggi
  • bebas dari kecacatan
  • penghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260 – 300 biji setahun)
  • menghasilkan telur yang berkualiti
  • berat antara 65 – 75 gm sebiji
  • kulit telur adalah keras
  • warna kuning telur kemerah-merahan
  • saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 – 1.8 kg
  • ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.

Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia.

PERUMAHAN DAN PERALATAN

Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-

  • Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik
  • Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 – 4 kaki persegi.
  • Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.
  • Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.

PERALATAN

Induk palsu antaranya:

  • Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,
  • Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)
  • Sarang bertelur
  • Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya

PEMAKANAN

Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.

Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.

  • Makanan komersil
  • Makanan campuran sendiri

1.Makanan Komersil

Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan.

Umur Jenis Makanan Kandungan
Protin Tenaga
0 – 2 minggu “Duck Starter” 20 % 2700-3000
2 – 3 minggu “Duck Starter” dicampur “Duck Grower” - -
4 – 16 minggu “Duck Grower” 16 % 2500 – 2800
16 minggu dan semasa bertelur “Layer” 17 % 2600 – 2900

2. Makanan Campuran Sendiri

Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik.

Bahan-bahan:-

Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain .

Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:-

Umur
0 – 4 minggu 1.2 kg. – 1.6 kg.
5 minggu – 22 minggu 11.0 kg – 11.8 kg
22 minggu ke atas (semasa bertelur) 160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hari

Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).

KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT

Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:-

  • Menjaga kebersihan ladang setiap masa
  • Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat
  • Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat ” antistress” harus diberi pada umur itik 1 – 3 hari.
  • Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai
  • Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan anak- anak itik yang baru
  • Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.

KEPERLUAN CAHAYA

Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari.

2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:-

  • Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.
  • Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur

Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 – 4 jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.

  • Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi.
  • Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki
  • Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.

PENGURUSAN

Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian:

  • Persediaan sebelum ketibaan anak itik
  • Pemeliharaan semasa perindukan
  • Pengurusan semasa membesar
  • Pengurusan semasa bertelur

Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik

  • Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik)
  • Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 – 4 inci.
  • Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 – 3 jam sebelum anak itik sampai.

Pemeliharaan Semasa Perindukan

  • Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan.
  • Masa perindukan adalah selama 20 – 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.
  • Beri antistress selama 3 hari.
  • Beri makanan duck starter crumble tanpa had
  • Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian.
  • Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.

Pengurusan Semasa Membesar

  • Keluarkan alat pemanas dan pembentung
  • Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar
  • Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering
  • Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 – 2800k/cl
  • Timbang 2 – 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .
  • Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.

Pengurusan Itik Semasa Bertelur

Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 – 22 minggu. Oleh itu :-

  • Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 – 2900 k/cl.
  • Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 – 5 minggu sebelum bertelur.
  • Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 – 170 gm sehari /ekor.
  • Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama
  • Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)
  • Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)
  • Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata
  • Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan
  • Semak keperluan cahaya mengikut umur itik

PENGHASILAN

Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :-

Telur Itik Segar

Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang persaorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 – 15.0.

Telur Masin

  • Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar.
  • Cara untuk memproses telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.

PENGURUSAN REKOD

Menyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah satu daripada beberapa perkara yang mesti bagu mengujudkan satu pengurusan yang sempurna. melalui rekodlah sesuatu projek diberi penilaian samada menguntungkan atau sebaliknya. Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk merancang masa hadapan.

Terdapat 2 jenis rekod yang diberi keutamaan

  • Rekod pemeliharaan/pengurusan
  • Rekod kewangan

rujukan: http://usahawanbumiputera.com

 

</div>

May 4, 2010 / ternakangsa

Cerita tentang angsa

BAKA ANGSA

1. AFRICANS Negara asal: SE China, Asia. Baka daging. Daging pejal yang berkualiti tinggi. Dianggap angsa panggang yang utama. Diwariskan dari Angsa China Swan dari China. Berwarna perang (kelabu) atau putih atau kuning pucat. Terkenal dengan kecantikannya yang lemah lembut. Jalur perang gelap dibelakang tengkuk hingga ke bawah. Depan tengkuk berwarna perang abu terang , beransur-ansur terang sehingga warna krim. Bahagian tepi badan , sayap “bow”  dan yang terselindung berwarna perang abu. Ekor terselindung berwarna putih. Hitam “knob” warna paruh. Gelambir berbentuk bulan sabit tergantung dari rahang bawah & atas tengkuk. Berbadan berat; tengkuk tebal. Berbadan lebar dan panjang. Berperut bulat. Ekor tegak ke atas. Matang cepat. Salah satu baka yang berat tetapi daging pejal. Berat angsa jantan – 26lbs; betina 18lbs. Penelur yang sederhana 20-40 biji telur per musim. Telur besar & beratnya 141-226g. Menetas dalam masa 30-32 hari. Boleh dikacuk dengan baka yang lebih berat. Lebih sesuai dengan cuaca panas. Terbaik untuk cuaca panas.

2. CHINESE Negara asal: China. Kadang-kadang dikenali juga sebagai Swan Geese kerana tengkuk lembut yang panjang. Juga diwariskan dari angsa swan liar. Paling popular & paling dikenali. Sangat cantik. 2 warna – perang/kelabu  (perang pekat & coklat muda, tengkuk gelap  dan berjalur coklat di tengkuk, mata perang, paruh dan bonjol hitam), putih (bulu berwarna putih, mata biru & paruh dan bonjol jingga ). Ringan dan berat diantara 10-12lbs. Paling kecil di kalangan angsa domestik. Bonjol yang besar bulat dan tegang di atas kepala. Paruh yang panjang dan tirus. Tengkuk yang panjang , slim & lengkok. Badan yang pendik dan padat. Kepala tinggi. Tahan lasak. Penelur yang terbaik – 40-100 biji setahun. Inkubasi 28-35 hari.  Kadar penetasan yang baik. Aktif. Paling agresif. Paling sesuai dijadikan “anjing jaga” kerana paling suka buat bising dengan bunyi “hon” yang tinggi. Juga dikenali sebagai “pencabut rumpai” – Pencari makan yang paling aktif  .Paling responsif.

3. EMBDEN Negara asal: Embden, Germany. Juga dikenali sebagai ther Bremen. Dipelihara secara komercial untuk daging. Paling popular . Berbulu putih. Bulu putih ini digunakan untuk mengisi bantal dan kuilt. Mata biru gelap. Besar dan tinggi dari yang lain. Kaliber “Stature” bangga. Tinggi 1m . Berat jantan 20-34lbs; betina 16-28lbs. Kurang telur jika dibandingkan degan lain, walaupun besar – kira-kira 10-30. Incubasi 28-35 hari.  Tahan lasak dengan selera yang besar. Cepat tambah berat badan. Kadang-kadang agresif. Berjaga-jaga dan paling berwaspada. Jaga yang baik.

4. ORWEGIAN WHITE Berat jantan 22lbs; betina 18lbs. Tahan lasak. Ibu yang baik. Boleh bertelur 100 biji telur setahun.

5. PILGRIMS Negara asal: Missouri. Boleh dibezakan jantina dengan  warna: jantan berwarna krim keputihan dengan mata biru; betina berwarna kelabu buah zaiton pucat dengan sedikit putih atas kepala dan mata perang gelap. Jantan berumur satu hari berwarna kuning atau warna perak dengan paruh cerah; betina berwarna kelabu kehijauan dengan paruh yang gelap. Menurut kata , pembawaan yang pendiam. Bertelur 34-35 biji setahun (saiz 6-7oz). Kualiti ibu bapa yang terbaik. Cepat membesar. Berat betina 13-14lbs; jantan 16lbs. Boleh dibuat angsa panggang yang baik.

6. POMERANIANS Negara asal: NE Germany. Berwarna kelabu dan putih, tetapi yang paling popular dan bentuk biasa ialahSaddleback variety. (Buff & Grey). Kepala, bahagian belakang dan rusuk  saddleback berwarna kuning pucat atau kelabu, bahagian tepi-putih. Bahagian lain berwarna putih. Tahan lasak. Penelur yang baik, pengeluaran/musim 60-80 biji telur . Inkubasi 28-34 hari. Berat jantan 17-18lbs; betina 15lbs.

7. ROMAN/TUFTED ROMAN Negara asal: Danube River Valley, Italy. Kecil (10-12lbs), bertulang halus,  tembam. Putih dengan mata biru. Kadang-kadang terdapat jambak bulu. Tengkuk pendik & belakang/badan pendik. Nisbah daging/tulang yang baik. Baka yang cepat berkembang biak.Pengeluar telur yang sederhana(25-35 setahun). Pembawaan lemah lembut.

8. SEBASTOPOLS Negara asal: SE Europe. 3 jenis – Putih (paling baik), kelabu dan kuning pucat. Bulu panjang dan kerinting di sayap, badan dan ekor, akan menghindarkan mereka dari terbang dan senang untuk membataskan pergerakan mereka. Cepat membesar.  Berat jantan 12-14lbs; betina 10-12lbs. Jantan boleh mengawan dengan 1-4 betina. Mengeluarkan 25-35 telur putih setahun. Masa inkubasi 28-35 hari. Kualiti daging yang baik untuk panggang.

9. SHETLAND Negara asal: Shetland Islands. Baka yang boleh dikenal jantinanya secara automatik. Jantan berwarna putih; betina berwarna kelabu di bahagian belakang dan warnan putih di kepala. Kecil (berat diantara 12-14lbs), kuat. Terkenal dengan kebolehan mencari makanan.Bertelur  30 biji setahun. Ibubapa yang baik. Paruh yang pendik

10. SCANIA Juga dikenali sebagai SouthSweden Goose. Berkemungkinan diwariskan dari Pomeranian. Berwarna kelabu dan putih. Bermata biru-kelabu, paruh berwarna kuning-jingga. Mudah gemuk & mempunyai saiz yang baik untuk dibuat panggang. Berat betina boleh mencapai 15-20lbs; jantan 24-38lbs. Selaunya tenang tetapi kadang-kadang boleh jadi agresif . Ibubapa yang terbaik.

11. NORMANDY Negara asal: Normandy, France. Baka yang boleh dikenal jantinanya secara automatik. – jantan selalunya putih; betina berwarna kelabu dan putih. Bermata biru. Berat jantan 10-13lbs; betina 9.5-12lbs.

rujukan : http://www.jphpk.gov.my/Malay/bakaangsa.htm

May 4, 2010 / ternakangsa

ANGSA FOR SALE

Salam.
angsa untuk di jual.

tempahan sila hubungi

nizam 019-4716844

May 4, 2010 / ternakangsa

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.